Evolusi Bitcoin



Bitcoin (BTC) adalah revolusi mata wang digital baru dan merupakan rangkaian pembayaran. Ia telah mengubah cara dunia melihat dan menggunakan wang. Ia wujud sepenuhnya di internet dan tidak terbentuk dalam bentuk fizikal. Berkonsepkan pembayaran rakan-ke-rakan atau lebih kenali peer-to-peer (P2P), bermakna transaksi mereka tidak melibatkan mana-mana pihak berkuasa seperti bank-bank pusat dan institusi kewangan lain.

Walaupun anda mungkin berfikir bahawa Bitcoin adalah semata-mata wang digital, ternyata anda SILAP.

Sebenarnya Bitcoin sudah mula mengambil-alih Dunia dengan beribu mesin ATM yang mana ianya membolehkan pertukaran Bitcoin kepada wang tunai.


Statistik Terkini menunjukkan mesin ATM Bitcoin:
  • Lebih 1012 Bitcoin ATM telah wujud di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
  • Terdapat lebih dari 36,520 pelbagai perkhidmatan boleh disediakan dengan Bitcoin, dari pembayaran, pemindahan, pelaburan dan sebagainya.
  • Bitcoin sehingga blog ini ditulis, telah pun diterima di 55 buah negara dan jumlahnya terus bertambah dari masa ke semasa.
  • Terdapat lebih dari 20 Pengeluar/Pelombong Bitcoin diseluruh dunia, malah anda sendiri boleh menjadi pelombong.
  • Lebih 200 pengendali yang mengendalikan urusan jual-beli Bitcoin dan jumlah ini terus meningkat.
Sifat Bitcoin yang perlu anda tahu, yang menyebabkan ianya menjadi pilihan pengguna.
  1. TERHAD. Pengeluran Bitcoin adalah terhad. Bitcoin berada dipasaran dengan jumlah pengeluaran yang terhad iaitu sebanyak 21 milion, dengan protokol yang dihadkan. Hanya setiap 10 minit barulah Bitcoin akan berada di rangkaian, dan proses ini dijangka akan berakhir pada tahun 2140.
  2. TIADA KAWALAN. Bitcoin tidak dikawal-selia oleh mana-mana negara, bank pusat atau komoditi lain, termasuk Bank Negara Malaysia sekalipun. Bitcoin ditadbir semuanya oleh protokol kriptograpi yang telah didasarinya.
  3. TANPA MELALUI BANK. Bitcoin boleh dikirim tanpa melalui proses atau transaksi yang melibatkan Bank, juga agensi kewangan yang lain. Ianya boleh dikirim terus kepada penerima tanpa sebarang syarat yang ketat.
  4. NILAI BITCOIN. Nilai Bitcoin sentiasa turun-naik terhadap mata wang tempatan.
  5. ANONYMOUS / PRIVASI. Semua urusniaga Bitcoin adalah kekal direkodkan dipengkalan data yang dikenali sebagai Blockcain(Rantaian Blok). Blockcain dikongsi dan digunakan untuk merekodkan semua transaksi yang dilakukan oleh semua pengguna Bitcoin di seluruh dunia secara automatik an ianya boleh dilihat secara terbuka.
  6. MURAH. Transaksi Bitcoin adalah murah, setiap transaksi akan dikenakan caj yang terlalu minimum iaitu 0.0001BTC/transaksi tanpa mengira nilai atau jumlah untuk setiap transaksi. 

Bitcoin Mata Wang Krypto Terbaik?

Sehingga ke hari ini Bitcoin mendominasi jumlah penggunaan matawang Krypto dunia dengan penguasaan sehingga mencecah 50% dari keseluruhan matawang Krypto yang wujud. ( rujuk : www.coinmarketcap.com )


Jadi tidak hairanlah mengapa Bitcoin menjadi pilihan pengguna kerana ianya digunakan dengan meluas dan diterima oleh banyak pihak.