2012

Perkembangan Bitcoin

2012

Pada bulan Januari 2012, bitcoin dipaparkan sebagai subjek utama dalam percubaan fiksyen pada drama legal CBS, ‘The Good Wife’ dalam episod ketiga musim "Bitcoin for Dummies". Hos rancangan ‘Mad Money’ - CNBC, Jim Cramer, didalam rancangan tersebut telah menerangkan bahawa dia tidak menganggap bitcoin mata wang sejati, dengan mengatakan "Tidak ada bank pusat untuk mengawal selia, ia digital dan fungsi sepenuhnya peer to peer".

Pada bulan September 2012, Yayasan Bitcoin telah dilancarkan untuk "mempercepat pertumbuhan global bitcoin melalui penyeragaman, perlindungan, dan promosi protokol sumber terbuka". Pengasasnya ialah Gavin Andresen, Jon Matonis, Patrick Murck, Charlie Shrem, dan Peter Vessenes.

Pada bulan Oktober 2012, BitPay melaporkan mempunyai lebih daripada 1,000 peniaga yang menerima bitcoin di bawah perkhidmatan pemprosesan pembayarannya. Pada bulan November 2012, WordPress telah mula menerima bitcoin.